MALAYSIA : Kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Sarudin Karim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, di surau #Balai Berita Shah Alam, di sini, malam tadi.
Difahamkan, Sharudin, 48, yang bekerja sebagai pemandu jentera berat itu dikatakan rebah secara tiba-tiba pada 8.40 malam.
Ketika kejadian, arwah bersama rakan sekerjanya, Penolong Ketua Juruteknik, Jamaluddin Shareii sedang membaca #Al-Quran di surau berkenaan.
Jamaluddin berkata, dia cuba membantu arwah namun tidak berjaya sebelum memanggil rakan sekerjanya yang lain.
"Sebelum itu, arwah sempat memicit dahinya dan kemudian rebah dengan #mulutnya berbuih.
"Rakan sekerja yang lain menghubungi ambulans dan petugas kesihatan mengesahkan arwah sudah #meninggal dunia pada 9.20 malam.
#Sarudin sudah 20 tahun berkhidmat di NSTP dan meninggalkan seorang balu dan tiga anak lelaki.
0 comments:
Post a Comment