MALAYSIA : Penduduk Kampung Parit Kasa, di sini, dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan lampam muncul di permukaan tali air sejak jam 7 pagi, menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni penduduk yang bagaikan #berpesta.
Rata-rata #penduduk yang mengetahui kejadian itu memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk jala, pukat dan sauk, malah ada yang terus terjun ke dalam tali air menangkap ikan menggunakan tangan.
Difahamkan, sehingga jam 2 petang semalam, penduduk mendakwa #menaikkan 100 kilogram ikan lampam.
Abdul Halim Siga, 54, berkata, kejadian itu pertama kali #berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.
Katanya, dia menyedari #kejadian berkenaan pada jam 7 pagi apabila melihat banyak kelibat ikan bermain di permukaan air.
Saya segera mengambil jala dan #melemparkannya ke arah kumpulan ikan terbabit dan dengan sekali campak, saya dapat lebih 20 ikan.
#Saya kemudian mengajak ahli keluarga untuk sama-sama menangkap ikan itu katanya.
Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu selepas #melihat penduduk menaikkan banyak ikan.
Seorang lagi penduduk Syamsul Razman, 32, berkata, #fenomena itu mungkin terjadi akibat limpahan air bukit merah ke dalam Sungai Kerian. - myMetro
0 comments:
Post a Comment